Friday, April 20, 2012

Aqasha Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua

 Aqasha dan anak pertama: Alehandra Ahmad / Andra Ahmad.

Penyanyi dan pelakon, Aqasha bakal menimang cahaya mata kedua selepas isteri tercinta, Norbaizura mengumumkan berita kehamilannya di akaun Twitter.

Ditanya usia kandungannya, Baizura dengan ringkas membalas di Twitter;

"Oleh kerana ramai sangat cakap aku dah gemuk balik, maka dgn ini aku nak buat pengakuan yg aku tengah mengandung lagi. Bahahaha! 13 weeks."
 "Mula2 dapat tau mengandung lagi, segan nak bagitau orang. Mesti orang kata kami gelojoh."


Berdasarkan beberapa status terbarunya, Baizura dan Aqasha bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada penghujung Oktober nanti.

Isteri Aqasha, Norbaizura dan Andra Ahmad.

Pasangan yang berkahwin pada 10 Oktober 2010 ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Alehandra Ahmad yang kini berusia tujuh bulan.

Tahniah dapat anak lagi :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More