Thursday, April 19, 2012

Mania: Senarai Lagu Minggu Ke-6

 Mania

(Konsert Minggu Kelima Mania Awie Rafael Terkeluar)

Sesi Studio mingguan telah pun selesai dilaksanakan semalam. Kesemua Bintang Mania telah bertemu Produser Empayar masing-masing bagi menetapkan lagu serta konsep persembahan yang akan mereka sampaikan pada Konsert Mania Sabtu ini. Yang pasti berdasarkan tajuk lagu yang dipilih oleh setiap Bintang Mania, persembahan mereka sangat-sangat dinantikan oleh peminat-peminat yang sentiasa menghantarkan undian mereka.

Kelainan yang dibawa minggu ini adalah sebahagian daripada Bintang Mania membawakan lagu yang bukan "makanan" mereka sebagai cabaran untuk mereka membawakan lagu ini, seperti Hazama yang akan menyanyikan Cindai. Sekiranya minggu yang lalu, Akim membawakan lagu nyanyian asalnya sendiri, minggu ini giliran Estranged pula membawakan lagu Itu Kamu yang menjadi kenangan manis buat kumpulan ini apabila memenangi Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang bakal dinyanyikan mengikut empayar masing-masing:
Dato' M. Nasir
1. Shila Amzah - Merisik Khabar (Sudirman)
2. Hazama - Cindai (Siti Nurhaliza)
3. Stacy - Goyang Inul (Inul)
4. Ebi - Senandung Semalam (Alleycats)
5. Kristal - Yank (Wali Band)

Aubrey Suwito
1. Adira - Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza)
2. Jaclyn Victor - Grenade (Bruno Mars)
3. Alyah - Khatimah Cinta (6ixth Sense)

Ahmad Dhani
1. Aril - Kembali Senyum (Izwan Pilus)
2. Akim - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
3. Hafiz - Karma (Faizal Tahir)
4. Atilia - Layar Impian (Ella)
5. Estranged - Itu Kami (Estranged)

Untuk makluman semua, Konsert Mingguan Mania untuk Minggu ini akan ditunda masa siarannya daripada jam 9 malam kepada 10.30 malam, hari yang sama. Kepada semua peminat Mania, jangan lupa untuk saksikan Konsert Mania Minggu Keenam, Sabtu, 10.30 malam di Astro Ria (104) dan Saluran HD (188). Teruskan bersama Mania di laman sosial Facebook dan Twitter Mania (#ManiaAstro)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More