Friday, February 17, 2012

Aril: "Itu Bukan Cincin Tunang"

Aril cuma berniat untuk beli cincin buat ibu tersayang.

Penyanyi Aril Pilus (AF7) berkata kesilapannya untuk bergurau dengan merakamkan gambar dia memegang sebentuk cincin berlian mengundang spekulasi kononnya dia membeli cincin tunang seperti gambar yang tersebar di Internet pada Khamis.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 27, berkata dia tidak membeli cincin tersebut seperti yang didakwa, sebaliknya sekadar melihat untuk dibelikan buat ibunya.

“Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun.

Aril bersama jurumekapnya :P ("Motip letak gambar ni?" entahlah..ngee)

“Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Ketika ditanya mengenai hasratnya untuk bertunang, Aril berkata sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, selepas kematian abangnya, penyanyi Izwan Pilus pada 20 Januari lalu, sudah tentu ibu bapanya teringin untuk melihat dia melangkah ke alam perkahwinan.

“Sebelum ini saya memang ada kekasih tetapi kami sudah berpisah kerana tiada persefahaman. Walaupun saya berniat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, saya lebih selesa serahkan urusan itu pada ibu.

“Biarlah ibu buat pilihan yang terbaik sebab pada waktu ini saya memang tiada teman istimewa,” katanya.

Susulan gosip itu, Aril mengakui niatnya yang mahu bergurau dengan merakamkan gambar dia memegang cincin tersebut telah membawa padah sehingga memaksa dia menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.

“Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja.

“Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini,” katanya.

Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment