Friday, February 10, 2012

Dang Suria mengkritik rupa paras peserta ujibakat On Air

Dang Suria Zainordin ON AIR

Pengacara popular Dang Suria Zainordin menjelaskan kritikan pedas mengenai paras rupa dan fizikal peserta dalam uji bakat rancangan On Air ada sebab-sebabnya yang tersendiri, bukan sengaja mahu bertindak kejam.

Dang Suria yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

"Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.

"Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu," selorohnya.

On Air yang telah memulakan siarannya pada pukul 9 malam Rabu lalu itu mendapat kritikan hebat daripada penonton selepas menyaksikan komen-komen pedas daripada salah seorang jurinya, Dang Suria.

Kata-kata pengacara itu dianggap biadab sekali gus telah menjatuhkan maruah beberapa peserta kerana mengkritik mengenai fizikal dan paras rupa.

Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.

"Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.

"Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.

"Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

"Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.

“Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga," tegasnya.

Tambah isteri kepada penulis lirik Ad Samad ini, para peserta juga perlu melalui kritikan daripada awal lagi kerana apabila menyertai dunia hiburan, sekurang-kurangnya mereka telah bersedia daripada segi mental.

"Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat.

"Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama.

"Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

mStar




My personal opinion Dang Suria komen pasal peserta muka hodoh, badan gemuk memang agak "degrading" semasa tengok On Air hari rabu lalu tapi yang kesiannya Aznil/Pak Nil pulak jadi mangsa apabila ada Bapa saudara peserta ujibakat On Air di Johor serang Aznil di bilik Ujibakat pasti sebab komen-komen "degrading" Dang Suria ni.

5 comments:

  1. dang suria lu cermin diri dulu!

    ReplyDelete
  2. kritik tu mmng boley.. but berwaspada la -,-

    ReplyDelete
  3. setiap satu manusia mempunyai kecantikkan tersendiri, kecantikkan dalaman adalah lebih penting daripada kecantikan luaran.

    ReplyDelete
  4. laa kalau dia tu cantik tak pe laaa jugak.....

    ReplyDelete