Showing posts with label Dato Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Dato Siti Nurhaliza. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Siti Nurhaliza di Majlis Akad Nikah Adik Bongsunya Mohd Hafiz pagi tadi

Akad Nikah Adik Siti Nurhaliza Mohd Hafiz pada 3.3.2012

Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid di Majlis Akad Nikah Mohd Hafiz.


Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid suami tercinta.


Siti Nurhaliza menjadi jurusolek pengantin perempuan :)

Selamat Pengantin baru semoga bahagia hingga akhir hayat.

Pagi tadi, Sabtu 3.3.2012 berlangsungnya Majlis Akad Nikah Adik Bongsu Penyanyi Nombor Satu Negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Mohd Hafiz. Selamat Pengantin baru, semoga bahagia sehingga akhir hayat.

Sunday, February 26, 2012

Datuk Siti Nurhaliza Beli Pangsapuri Mewah 'The Istana' di Australia

Datuk Siti Nurhaliza.

Magna Prima Bhd., pemaju hartanah tempatan hari ini melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pembeli pertama unit kediaman itu.

Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama kediaman pangsapuri satu bilik The Istana.
Pengarah Eksekutif Magna Prima, Datuk Rahadian Mahmud berkata, nilai pembangunan kasar projek tersebut ialah RM714 juta dan 62 peratus kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa.

Manakala bakinya pula dijual untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan siap pada tahun 2014.

"Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jualan The Istana yang disempurnakan oleh Siti Nurhaliza di sini hari ini.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A'Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

"The Istana" di Melbourne Australia.

Projek yang dahulunya dikenali sebagai Dynasty Living, dibangunkan di atas tanah 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat.

Pertukaran nama kepada The Istana adalah langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan Malaysia.

"Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini," katanya.

Thursday, February 16, 2012

Hadiah Harijadi ke-33 Dato Siti Nurhaliza Percutian ke Maghribi, Marakesh dan Dubai

Dato Siti berlatar dikelilingi salji di Marakesh.

Sempena menyambut harijadi ke 33, Dato Siti Nurhaliza menerima dua hadiah istimewa daripada suami tersayang, antaranya adalah percutian di luar negara. Percutian selama 10 hari bermula pada 3 Januari lalu, menyaksikan pasangan bahagia Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan Dato Siti Nurhaliza melawati tempat-tempat menarik di Maghribi, Marakesh dan Dubai.


Dato Siti Nurhaliza di Marakesh.


Kek Harijadi sempena Ulang tahun ke 33 Dato Siti Nurhaliza.


Pasangan bahagia bergambar bersama rakan-rakan untuk kenangan.

Siti terpesona dengan senibina empayar Ottoman sewaktu di Marakesh.

Dato Siti semasa berada di Dubai.



Pasangan bahagia Dato Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Muhammad Jiwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More