Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Irfan Roslan: MEL(toot)NCap Di Rumah Lebih Baik Daripada Bayaran 7 Ribu Ringgit


Irfan Roslan

Irfan Roslan, seorang pelakon yang mungkin majoriti penggemar Filem dan Drama Tempatan tak tahu langsung mengenai dia, tetapi kini mungkin dia akan lebih dikenali sebagai "pelakon yang suka Mel**cap di rumah" apabila melalui laman Facebook miliknya, Irfan Roslan telah membuat kenyataan rasa tak puas hatinya terhadap bayaran sebuah produksi yang ingin menggunakan khidmat lakonannya :P.

Facebook Irfan Roslan: 7 ribu ringgit tak best, Mel..cap di rumah lagi best.


"Ada orang nak panggil aku untuk shooting balik... antaranya hari ni dapat offer 26 episodes... 56 scenes... 3 hari di KL... selebihnya Kuala Selangor ... Mungkin lebih dari 10 hari... Bayaran 7k... Baik aku duduk rumah mel****p lagi best hati pun tak sakit... to some of the annoying productions, u have no budget DO NOT bother to call me!

Sombongnya.. walaupun duit Rm 7000 ringgit ni tak setaraf dengan nilai Pelakon Terkemuka seperti dia ni, jangan lah nak hebahkan pulak aktiviti lasak di rumah tu LOL!


Wednesday, March 20, 2013

20 Gambar Panas Instagram Hetty Sarlene Dan Kekasih


Hetty Sarlene menggunakan gambar ini sebagai (Profile Pic) di Laman Sosial Instagram.

Profile Pic!

 Hetty Sarlene dan Irwan.

Gambar-gambar Panas tahap melecur ini dikongsi oleh Hetty Sarlene sendiri buat peminat.

 Kekasih Hetty Sarlene, Irwan pernah bekerja di Retail Outlet.


Motif kongsi gambar sebegini di instagram?

 sedap betul sajian makanan di atas meja tu....





 hmm...

mungkin anak saudara






Komen Hetty Sarlene mengenai gambar-gambar yang dia sendiri kongsi di Instagram untuk tontonan semua semakin diperkatakan orang ramai.

Yang paling melucukan dalam komen Hetty Sarlene pasal dosa..lol. btw, Hetty Sarlene, how is it stealing when it is something that's available for everyone to see which are provided and shared by the owner itself? and i think there's no doubt in my mind when you share this pictures obviously you know people will start talking about it :) Apa-apa pun kalau betul-betul cinta kahwin jelahh.. dah kahwin nanti kalau nak share gambar cium-cium, peluk-peluk nanti "mungkin" tak ada siapa lagi yang kisah.

Siapa Hetty Sarlene?
Hetty Sarlene adalah seorang anak kelahiran Singapura yang pad ketika ini berusia 28 tahun, seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia, bolehlah juga dikatakan terkenal suatu masa duluuu...... pernah berlakon dalam filem iskandar (2003) rancangan Tv daripada Filem Sembilu, kemudian Filem Simbilu 2005 dan yang terakhir KL Drift pada tahun 2008 pernah keluar gossip hubungan cinta dengan Zed Zaidi dan Tomok suatu masa duluuuuu...... :)


Saturday, March 16, 2013

Pelakon Malaysia Aeril Zafrel Bakal Membintangi Filem Hollywood


Aeril Zafrel sedang membuat penggambaran di London.

Pelakon dan Model remaja Malaysia, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari bakal membintangi filem Hollywood sebagai watak utama bersama pelakon terkemuka seperti Christina Ricci dan Sharon Stone.

  Dipetik dari Harian Metro, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, memberitahu bahawa gambarnya dengan Christina itu adalah salah satu babak daripada video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih berada dalam penggambaran di London.


Aeril Zafrel dan Christina Ricci.

"Saya akui memang benar pelakon di samping Christina dalam gambar itu adalah saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem tersebut yang masih belum mempunyai judul rasmi. Penggambaran video ini dirakamkan pada awal tahun ini.

"Namun mengenai filem itu, saya tidak boleh ulas lebih lanjut kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produksi."
Menurut Aeril, dia menerima tawaran berlakon tersebut menerusi seorang rakannya yang menetap di London.

"Rakan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak penerbit terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu."

Aeril Zafrel!

"Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, buat masa ini saya tak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa mengenai judul rasmi kerana pengumuman hanya boleh dibuat oleh pihak penerbit saja."

Sementara itu, Aeril berkata dia seperti bermimpi apabila dapat berlakon dalam filem Hollywood di samping berlakon dengan pelakon terkemuka.

Tumpang bangga dan gembira seorang anak Malaysia akan bakal menjadi bintang terkemuka di peringkat antarabangsa, tahniah dan semoga anda semakin berjaya dalam bidang lakonan.

Sunday, February 17, 2013

Al-Fatihah Kuswadinata Kuswadi Bujang Telah Meninggal Dunia

Allahyarham Kuswadi Bujang@ Kuswadinata

Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 5.07 petang kelmarin (Sabtu 16 Februari 2013) kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.


Allahyarham Kuswadi Bujan

Selain pendarahan usus, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk

Thursday, February 7, 2013

Al-Fatihah: Datuk Yahya Sulong Telah Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk yahya Sulong


Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 6.45 petang semalam (Rabu, 6 Februari, 2013)

Gambar Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan isteri Datin Alisah Ali pada 11 Disember tahun lalu.

Datin Alisah Ali kesal tidak berada di sisinya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak Yahya dimasukkan ke hospital pada 11 Januari lalu.

"Selama dia berada di HKL, saya tak sempat melawat kerana saya juga sakit dan terlalu uzur. Apabila diberitahu dia meninggal dunia, saya benar-benar terkejut," ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Alisah yang mengidap kanser paru-paru tahap empat akui disebabkan penyakitnya itu, dia jarang menghabiskan masa bersama Allahyarham kerana terpaksa mendapat rawatan hospital.

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana dan mempunyai pendapatan terhad iaitu RM400 sebulan hasil bantuan daripada pihak Baitulmal.

Alisah, 64, turut bimbang kerana dia merasakan tiada tempat bergantung dan memikirkan siapa yang akan menjaganya jika ditimpa masalah satu hari nanti.

Yahya dan Alisah tidak dikurniakan anak, sebaliknya Yahya mempunyai 11 orang anak dan enam orang cucu hasil tiga perkahwinan terdahulu.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.

Pada Ogos tahun lepas, Yahya telah koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 85 tahun akibat menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan berdekatan kubur salah seorang isterinya di Teluk Intan, Perak hari ini.

Allahyarham sebelum ini pernah membintangi filem dan drama seperti "Abu Nawas", "Gila-Gila" dan "Prebet Lapok".

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untu Allahyarham, semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman Amin.

Sunday, June 10, 2012

Zack New Boyz Mungkin Akan Menerima Hukumun Mati

 Zack New Boys

SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Sumber: harianmetro


Zack (baju hijau) bersama kumpulan Newboyz

Zack dengan gaya kehidupan mewah hasil menjual dadah.

Artikel di bawah daripada harian metro pada awal Januari 2010 butir mengenai penangkapan seorang artis yang hidup mewah menjual dadah yang kini diketahui artis tersebut adalah Zack pemain gitar Bass kumpulan Newboyz.


KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis. Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini. Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu. “Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit. “Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya. Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu. “Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak. “Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram. “Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya. Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas. “Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

-Artikel harian metro pada Januari 2010-

Friday, June 8, 2012

Mislina Mustaff Lima Bulan Hidup Gelandangan (Homeless)

Mislina Mustaffa

Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa, pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.

Mislina berkata, sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.

Mislina Mustaffa kehidupan sebagai gelendangan

"Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.

"Menerusi projek Homeless By Choice juga, saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah sesukar yang disangka.

Mislina Mustaffa melakukan Yoga di awal pagi

Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung. Foto daripada Facebook Mislina

Mislina Mustaffa Homeless By Choice Hari ke 85 29 March 2012.

"Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Mislina, pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.

Homeless By Choice Hari ke 91 pada 3 April 2012 tidur di Cheng Ho GuestHouse Melaka.

Malah, kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga.

"Biarlah orang kata saya tidak betul. Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain, bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Bagi saya itu membebankan.

Mislina Mustaffa Homeless By Choice Hari ke 92 pada 4 April 2012.

"Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya.

Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi, dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.

"Buat masa ini, saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.

"Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini. Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini.

Nak tengok gambar kehidupan gelandangan Mislina lagi? boleh layar ke facebook beliau Mislina Mustaffa Facebook

Gambar Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp











Team Redphotography bergambar bersama pasangan pengantin

Nurul Wahab kini sah bergelar isteri Eric Daniel Depp.

Dengan sekali lafaz, penyanyi yang popular dengan lagu 'Kerana Terluka, Nurul Wahab telah pun selamat menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp tepat jam 12.20 tengah hari Rabu 6 Jun 2012.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran RM20,000.

Nurul begitu anggun dalam busana hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Deq Sha.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua pihak.

Antara rakan artis yang memeriahkan majlis ini adalah Ning Baizura, Zahida Rafik serta Ieda Moin dan Syah Syamsiri yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Gambar: Redphotoggraphy


Tahniah Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp, semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat.

Ezad Lazim Telah Bertunang Dengan Asliza Abdullah


Ezad Lazim dan tunang Asliza Abdullah

Penyanyi Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya sendiri, Asliza Abdullah.

Pasangan ini bertunang pada 1 Jun yang lalu dalam sebuah majlis ringkas bertempat di kediaman sebelah perempuan. Majlis tersebut hanya dihadiri saudara-mara terdekat dan kaum keluarga sahaja.


Ezad dan Asliza Abdullah

Ezad dan pasangannya akan dinikahkan pada bulan hadapan tetapi tarikhnya belum dapat dipastikan lagi.

"Kami buat majlis sederhana sahaja untuk membincangkan tarikh nikah dan InsyaAllah ia akan diadakan pada bulan hadapan. Tetapi, setakat ini kami mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu tarikhnya," ujar Liza.

Sumber: Media Hiburan

Ras Adiba Radzi Disaman RM3.2 juta


Ras Adiba Radzi

Bekas Personaliti TV3, Ras Adiba Mohd Radzi berdepan saman berjumlah RM3.2 juta oleh Pengarah Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein kerana didakwa telah melanggar perjanjian kontrak mengenai penjualan saham.

Menurut laporan daripada KL Pos, Nik Fauzi menfailkan saman tersebut pada 3 Mei lalu menerusi Tetuan KC Tang & Co di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Kes yang ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi mewakili Nik Fauzi.

Haziq kemudiannya memberitahu bahawa Norhamun telah menetapkan 27 Jun ini untuk pengurusan kes.

Menerusi penyataan tuntutan, plantif mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham tersebut kepada bekas Penyampai Berita Edisi 7, NTV7.

Jelas Nik Fauzi, pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006. Nik Fauzi turut mendakwa bahawa Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.

Namun Ras Adiba dikatakan gagal dan telah menyebabkan syarikat berdepan dengan masalah kewangan.

Tambahnya, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan telah memungkiri perjanjian.

Sementara itu, selain menfailkan saman ganti rugi berjumlah RM3,288,172, Nik Fauzi turut menuntut deklarasi bahawa defenden memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain.

Ras Adiba Radzi mewakili negara membawa obor untuk Kejohanan Olimpik Remaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Artis Malaysia (436)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More