Showing posts with label Johan raja lawak. Show all posts
Showing posts with label Johan raja lawak. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Ozlyn Waty Masih Trauma


Gara-gara kejadian tempoh hari, Ozlyn bukan saja fobia untuk keluar bersendirian malah kurang selesa bekerja dengan produksi yang belum pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Insiden 'kena pukul' itu sudah hampir empat bulan berlalu. Namun buat Ozlyn Waty serta suami, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut, ianya meninggalkan kesan negatif ke atas kehidupan mereka.

Malah Ozlyn ketika ditemui baru-baru ini mengakui masih trauma apabila mengingatkan kembali kejadian itu. Lebih ngeri apabila dia selalu berasa tidak selamat khususnya bila keluar bersendirian.

"Saya akui masih trauma. Malah apabila ada kawan-kawan yang meminta saya menceritakan kembali kejadian itu, saya berasa seram dan takut. Tika melihat kembali wajah Johan selepas dipukul juga saya berasa ngeri.

"Adakalanya saya berasa tidak selamat khususnya ketika memandu bersendirian. Apatah lagi kalau saya membawa anak tunggal kami bersama. Pernah satu ketika saya berasa seperti diekori oleh sebuah motosikal hingga membuatkan badan saya menggigil ketika memandu.

"Sedangkan hakikatnya pemuda tersebut langsung tidak berniat jahat kepada saya. Kejadian itu juga membuatkan saya lebih berhati-hati," ujar Ozlyn yang berharap perasaan ngeri tersebut segera berlalu.

Gara-gara insiden itu juga Ozlyn terpaksa menolak banyak tawaran berlakon. Ini kerana katanya dia berasa takut untuk bekerja dengan produksi yang belum pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

"Kalau dulu saya tak kisah untuk berlakon dengan sesiapapun, tetapi selepas insiden itu saya hanya berasa selesa bekerja dengan orang yang pernah bekerjasama dengan saya.

"Bukan saya tidak percaya dengan orang lain, cuma perasaan tidak selesa membuatkan saya lebih senang duduk di rumah bersama anak saya. Mujurlah Johan memahami dan banyak memberikan sokongan kepada saya," ujarnya tenang.

Walaupun terlibat dengan kemelut tersebut, Ozlyn tetap bersyukur kerana sejak kebelakangan ini dia selalu mendapat tawaran berlakon di samping Johan. Katanya tawaran sebegitu membuatkan dia lebih selesa ketika di lokasi kerana suami sentiasa berada di sisinya.

"Kami sudah berlakon bersama di dalam drama 'Nak Balik Raya', 'Bengang' dan 'Tanah Di Baruh'. Apa yang boleh saya katakan, kejadian itu membuatkan hubungan kami menjadi lebih rapat kerana masing-masing lebih mengambil berat antara satu sama lain.

"Cuma pada bulan Ramadhan ini saya tidak berlakon dan lebih banyak menemani Johan di lokasi. Saya tidak kisah jika ada orang yang beranggapan saya selalu 'berkepit' dengan Johan kerana berlakon bersama, kerana kami berdua pasangan suami isteri.

"Malah setiap tawaran yang kami terima bukanlah kami yang mahu berlakon berdua, tetapi pihak produksi yang mahu menggandingkan kami berdua," katanya.

Berniaga di bazar Ramadhan
Seperti kebanyakan selebriti lain, Ozlyn dan Johan juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga di bazar Ramadhan. Menurut Ozlyn, selepas seminggu berniaga dia berasa seronok kerana mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan.

"Pada mulanya Johan hanya sekadar mencuba memohon menyewa tapak untuk berniaga di bazar Ramadhan. Tidak sangka pula permohonan Johan berjaya. Selepas itu barulah kami fikir apa yang kami nak jual.

"Selepas berfikir panjang kami ambil keputusan untuk meminta bantuan ibu saya memasak pelbagai menu berbuka puasa. Ini kerana ibu saya memang suka dan pandai memasak.

"Jadi sekarang kami menjual nasi campur dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Selalunya saya dan ahli keluarga yang lain akan berada di gerai. Cuma sesekali kalau Johan tidak sibuk, dia akan turut sama 'buat kecoh' di sana," jelas Ozlyn yang berniaga di bazar Ramadhan Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai pengalaman berpuasa sebagai seorang isteri dan ibu muda, dia menjelaskan segala-galanya berjalan lancar. Malah anak tunggalnya juga kini semakin aktif menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi lebih bermakna.

Monday, June 14, 2010

Johan dibelasah Pengarah Javed



Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Johan sendiri tentang kejadian yang menyebabkan dia cedera teruk oleh seorang pengarah Mohd Javed Mohd Nizar yang dipaparkan melalui artikel gua.com.my

Jumaat lalu, dengan pertolongan Persatuan Seniman, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan, telah mengadakan satu sidang media khas di Bangi Kopitiam, Taman Melawati. Di dalam sidang media yang berlangsung selama sejam itu, selain mendedahkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas pengarah Mohd Javed Mohd Nizar termasuk tuntutan ganti rugi sebanyak RM1juta, Johan turut menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku pada hari itu. Entah dimana silap Johan sehingga diperlakukan beginiEntah dimana silap Johan sehingga diperlakukan begini Diimbas kembali, Johan telah mengalami kecederaan akibat dibaling dengan gelas kaca oleh Javed. Kejadian berlaku di Kedai Makan Faizal Maju di Sikamat, Negeri Sembilan kira-kira jam 6 petang. Ketika itu, Johan dan isteri, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn telah dipanggil untuk berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk satu perbincangan berkaitan skrip drama empat episod berjudul ‘Bisikan Arwah’. “Sehari sebelum kejadian, ibu saya, Salwa Md Dani meninggal dunia kerana sakit tua. Kami berdua telah pulang ke Lembah Permai, Ampang untuk melihat buat kali terakhir arwah mak serta menguruskan jenazah arwah. “Saya tak cukup tidur menguruskan jenazah mak saya namun Tuhan bagi saya semangat untuk sambung kerja. Kalau diikutkan saya boleh cuti, tapi kerana memikirkan kos yang akan ditanggung oleh pihak produksi nanti, saya gagahkan juga untuk pergi ke lokasi. “Esok tu saya datang ke lokasi penggambaran dengan penat dan tak tidur semalaman. Pada hari kejadian, saya dan isteri telah diminta oleh penolong pengarah untuk pergi berjumpa dengan Javed di sebuah restoran mamak yang terletak di belakang lokasi penggambaran kami. “Penolong pengarah cakap nak jumpa bincang pasal pindaan skrip. Saya was-was sebab kenapa nak kena buat kat kedai mamak. Masa tu lebih kurang jam 5.30 petang. Lepas tu, kami tertidur balik, jaga-jaga dah jam 6.05 petang bila penolong pengarah tu kejut sekali lagi. “Dalam keadaan mamai kami berdua pun jalan lah pergi ke restoran tu. Dah nak sampai restoran tu, kami nampak Javed bagi ‘signal’ kat isteri dia yang juga merupakan jurusolek produksi untuk pergi. “Dari situ kami dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Masa sampai kat meja, ada Javed dan seorang lelaki bernama Halim yang diberitahu kepada kami adalah ‘production manager’ drama tersebut. “Kemudian kami duduk dan baru saja buat pesanan, Javed dah maki hamun kami dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Lepas tu dia baling gelas kaca ke arah saya sampai gelas kaca tu pecah berderai.



“Darah di dahi saya memancut-mancut keluar sampai saya tak nampak apa-apa. Saya tergamam. Masa tu isteri saya tanya apa hal ni, kemudian Javed menolak meja dan begitu juga dengan Halim. Kemudian bila saya tanya pula apa sebab mereka buat macam ni, Halim tumbuk muka saya di sebelah kanan.
Kesan tumbukan di muka Gara-gara dibaling gelas kaca “Isteri saya cuba menghalang tapi telah ditendang sekali oleh Javed dan dua kali oleh Halim. Paling hiba sebab isteri saya pun kena sepak terajang. Tak sepatutnya dia buat begitu kerana dia baru saja empat bulan melahirkan anak. “Akibat insiden itu, Ozlyn telah cedera di bahagian belakang dan mengalami bengkak di kaki. Saya pun kena baling kerusi dengan Halim. Saya tak tahu kenapa mereka secara tiba-tiba naik angin.” Mengikut emel yang telah dihantar oleh Javed, dia menyatakan Johan tiada komitmen dalam lakonan, tak baca skrip, tak memahami karakter, tak bekerjasama dengan pengarah, tak berdisiplin dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon. “Dia ‘claim’ saya datang lambat walhal saya baru ‘shooting’ dua hari.



Saya tak faham mana yang saya datang lambat. Dari segi komitmen, saya buat apa yang dia suruh, tak pernah membantah. Lagipun baru je berapa babak dengan dia.
“Sebagai seorang Islam, saya dah memaafkan dia, tapi apa tindakan yang saya ambil hari ini adalah atas tindakan dia sendiri. Saya ingin pembelaan atas apa yang terjadi. Saya ingin bagi peringatan untuk dia dan juga pengarah-pengarah lain supaya jadikan ini sebagai tauladan agar perkara sebegini tak akan berulang lagi.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More