Showing posts with label aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label aaron aziz. Show all posts

Friday, April 6, 2012

(LOL) SAH! Aaron Aziz Bukan Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha

Aaron Aziz menunjukkan Kad Pengenalannya yang sebenar di konti suriafm "Aaaron Mustapha Bin Aziz"


Nama Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz yang dikatakan adalah nama sebenar pelakon terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz kini telah terjawab, apabila Aaron Aziz menunjukkan kad pengenalannya yang sebenar semasa menjadi tetamu Linda Onn di SuriaFM.


Kad Pengenalan yang dikatakan milik Aaaron Aziz

Sebelum ini, salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Aaron Aziz dengan nama "Mat Haron Mustapha" telah tersebar di internet, salinan gambar kad pengenalan daripada Singapura dengan gambar Aaaron Aziz bermuka "innocent" rambut belah tepi :P, ditambahkan lagi dengan nama "Mat Haron Mustapha" ni sudah pasti mengundang gelak ketawa bagi sesiapa yang telah melihatnya. Bagi membuktikan bahawa gambar kad pengenalan yang tersebar di internet adalah palsu Aaorn Aziz mengambil kesempatan untuk menunjukkan gambar kad pengenalan sebenarnya semasa menjadi tetamu di konti Suriafm. Gambar kad pengenalan palsu Aaron Aziz yang tersebar di internet sebenarnya telah di ubahsuai daripada kad pengenalan seorang lelaki keturunan jawa bernama Batman Bin Suparman. <----- biar betul... XD


Batman Bin Suparman (bapa superman anak batman.. nama mak apa pulak ek? :)

Thursday, February 23, 2012

Aaron Aziz menyambut harijadi ke 36

Aaron Aziz menyambut harijadi ke 36.

Aaron Aziz (23.2.2012) masih nampak muda. :)

Selamat Harijadi ke 36 pada pelakon pujaan ramai semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. :)

Wednesday, February 15, 2012

Aaron Aziz menyanyi sambil posing seksi :P

Ini mungkin sesuatu yang mengejutkan, tetapi ini adalah Aaron Aziz dan segalanya menjadi satu yang mungkin.

Sebentar tadi, sidang media untuk mengumumkan penyampai trofi untuk malam Anugerah Bintang Popular ke 25 (ABPBH25) telah di’adakan di Holiday Villa, Subang.

Satu yang mengejutkan kami dan juga para hadirin lain adalah pengumuman yang Aaron Aziz bakal naik ke’atas pentas pada malam itu membuat persembahan khas untuk pertama kali’nya.

Kami sendiri kurang pasti apakah persembahan yang Aaron Aziz bakal bawakan pada malam tersebut namun kami berspekulasi yang jejaka paling popular ketika ini akan menyanyi di’atas pentas nanti.

Aaron Aziz bukan satu satunya pelakon yang akan membuat persembahan pada malam tersebut kerana Fauzi Nawawi, Lisadwati dan juga Maria Farida juga akan memeriahkan pentas persembahan. Fuuuuu!


Sumber: Rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More