Showing posts with label azza elite. Show all posts
Showing posts with label azza elite. Show all posts

Monday, April 2, 2012

(26 Gambar) Majlis Pernikahan Azzarima Zawari (Azza Elite) Dan Azlan Zulaily Part 2


Hantaran Di Majlis Pernikahan  Azza (Elite) dan Azlan Zulaizy

Elite Girls + New Member Rozita Che Wan :)




Elite Girls Sasha, Abby Abadi dan Watie






Suami Azza, Azlan Zulaizy (bukan yang baju biru :P)










Dengan Tiga kali lafaz Azzarima Zawari dan Azlan Zulaizy kini sah pasangan suami isteri (Tahniah)



Tahniah Semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat, Amin.

Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.

Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman di sini pada Ahad selepas solat Asar.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.

Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300.

Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.

Kedua-dua pihak bagaimanapun mahu merahsiakan jumlah wang hantaran.

Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Azza yang mengenali Azlan, 25, sejak dua tahun lalu berharap perkahwinan tersebut adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

“Saya berharap perkahwinan ini akan membawa kebahagiaan kepada saya dan Azlan. Syukurlah dia boleh menerima saya seadanya walaupun jarak usia kami hampir sembilan tahun,” katanya.

Sementara itu Azlan yang mengenakan pakaian baju Melayu putih gading pula menganggap faktor perbezaan usia bukan penghalang untuk dia mencintai wanita itu.

“Azza seorang yang ramah dan tidak susah untuk memahaminya. Yang penting sikap lucunya itu telah membuka hati saya untuk jatuh cinta kepadanya,” kata Azlan.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

Gambar Majlis Pernikahan Azza Elite Dan Azlan Zulaily Part 1


















Selamat Pengantin baru, Azzarima Zawari (Azza Elite) dan Azlan Zulaily. 


Azza Elite atau Azzarima Zawari, 35, dan Azlan Zulaily, 25, telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa pada jam 5.30 petang kelmarin, 1 April 2012. Tahniah, semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat, Amin.

Gambar dikongsi melalui twitter Azza sendiri

Wednesday, January 11, 2012

Azza Elite kecil hati



PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) tidak berniat untuk menyembunyikan tarikh perkahwinannya dengan pramugara AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan.

Sebaliknya, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, berkata penjelasan yang diberikan kepada media sebelum ini telah di manipulasi oleh segelintir pihak sehingga menimbulkan salah faham.

“Saya akui berkecil hati apabila kisah perkahwinan saya di manipulasi oleh segelintir pihak yang mendakwa saya sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan daripada pengetahuan umum.

“Sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang ini semestinya saya faham bahawa artis adalah milik masyarakat.

“Namun dalam hal berkaitan perkahwinan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum saya sewenangnya mencanangkan perkara besar ini kepada khalayak,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azza berkata walaupun dia terguris dengan dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan menerusi pengumuman perkahwinan itu, ia tidak membangkitkan kemarahan kepadanya.

“Kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan melalui akaun Twitter sebelum ini bukanlah kerana saya marah atau melenting dengan tuduhan yang dilemparkan itu.

“Ia hanya teguran ikhlas buat pihak yang tidak bertanggungjawab agar mereka menyedari bahawa saya juga mempunyai perasaan dan perlukan privasi. Apa-apa pun, saya reda dan bersabar dengan tuduhan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azza yang kini berusia 34 tahun berkata, alasan sebenar di sebalik keengganannya untuk mengumumkan tarikh perkahwinan sebelum ini adalah kerana dia, bakal suami dan pihak keluarga masih lagi mencari tarikh terbaik yang bersesuaian dalam takwim Islam.

“Perkahwinan ini adalah perkara yang suci dan satu tuntutan. Mengapa saya perlukan gimik atau publisiti untuk perkahwinan saya sendiri?

“Hakikatnya, kami sekeluarga masih lagi mencari tarikh terbaik sebelum mengumumkannya. Ia membabitkan banyak pihak termasuklah soal penajaan juga,” katanya yang merancang sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.

Azza yang menjalin hubungan dengan Azlan sejak setahun yang lalu berkata, keterbukaan dan keikhlasan pemuda berusia 20-an itu menerima dia seadanya membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

“Saya rasa pilihan pada kali ini adalah tepat, insya-Allah. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, saya yakin dengan keikhlasan dan kejujurannya menerima saya sebagai Azzarima dan bukannya seorang artis.

“Dia (Azlan) rapat dengan keluarganya. Sikap itu meyakinkan saya bahawa dia boleh menjaga saya dengan baik. Anak saya juga menerima Azlan dengan hati terbuka,” katanya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang berusia tujuh tahun.

Azza yang aktif berlakon dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian bakal muncul dengan ‘single’ terbaru berjudul Boleh Jalan tidak lama lagi.


Sumber: mStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More