Showing posts with label hafiz af7. Show all posts
Showing posts with label hafiz af7. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Hafiz AF7 Nafi dah ada Pengganti Adira

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.

Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

"Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

"Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza," tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini.

Wednesday, January 11, 2012

Gambar Hafiz Suip Cross dressing??


Adakah ini punca sebenar hafiz dan adira berpisah?? entahlah... :P

Friday, January 6, 2012

Hafiz dan adira berpisah



Juara Akademi Fantasia musim ketujuh Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz dan Adira af8 sudah berpisah, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turut mengganggu kerjaya masing-masing.

"Walaupun tidak lagi berhubungan, kami masih lagi berkawan. Keputusan ini dibuat kerana kami ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun kami bina."

"Kami tidak bergaduh mahu pun bermusuhan. Cuma antara kami memang sudah membawa haluan sendiri. Kami juga cuba merenggangkan hubungan antara kami untuk kebaikan masing-masing."

"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga."

"Daripada berlarutan dan lebih banyak kesusahan dialami lebih baik jalan tersebut dipilih untuk kebaikan bersama,"

"Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu"

Hafiz berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan Adira itu pada masa akan datang.

Wednesday, May 18, 2011

Hafiz AF7 mencederakan pengkid


Hafiz AF7 telah menolak seorang floor manager semasa rakaman sebuah program talk show iaitu "Salleh Yakub I Follow" sehingga menyebabkan kakinya tercedera terkehel... floor manager yang dikasari oleh hafiz menyatakan beliau ditolak kuat oleh hafiz walaubagaimanapun ada yang mengatakan insiden tersebut terjadi sebab sebab hafiz ingin melindungi kekasihnya Adira Af8 daripada diganggu oleh floor manager tersebut yang ingin menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira floor manager tersebut sebenarnya seorang pengkid bernama Zack hadoiii..

Friday, April 22, 2011

Hafiz AF7 bercinta dengan Adira AF8


Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mengaku bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.

Hafiz berkata, pengakuan itu bukan untuk mendapatkan publisiti sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan negatif sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.

Hafiz berkata Adira merupakan seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," kata Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.

Hafiz mengaku bahawa dia sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.

sumber: mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More