Anis Aneesa yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi dangdut (dengdoot) telah beralih arah dengan menjadi seorang penyanyi genre pop balada dan world muzik.
Anis pernah merakamkan album Kompilasi Lagenda Cinta dan Dang Dang Dut 3 di atas tunjuk ajar komposer dan penyanyi dangdut Iwan. Anis Aneesa percaya lagu Qasidah Cinta ciptaan Ajai yang bertemakan irama muzik World akan mendapat tempat dihati pendengar.
"Irama ini jarang lagi kita dengar di Malaysia, ia bukan arabian, tapi campuran beberapa genre muzik. Ia sangat unik dan sesuai dengan lenggok suara saya.
"Pertama kali mendengar lagu Qasidah Cinta saya terus setuju untuk merakamnya. Selain itu selepas single ini saya akan keluar dengan mini album yang memuatkan tiga buah lagu ciptaan Ajai.
"Antara dua buah lagu yang sudah siap dirakam adalah Dialah Kekasihku, merupakan sebuah lagu balada dan Selamat Cinta merupakan pelengkap kepada mini album saya,"
Anis menyatakan bekerja dengan Ajai memberinya satu pengalaman yang sangat berharga.
"Ajai seorang yang sangat serius. Saya beberapa kali ditegur semasa rakaman agar membetulkan sebutan. Walaupun kadang-kala rasa sedikit tertekan tetapi saya puas hati dengan hasil yang diperolehi,"
"Suara Anis lebih kepada lagu-lagu dangdut dan irama Malaysia, bagaimanapun konsep tersebut sukar lagi diterima pendengar, jadi saya cipta lagu irama padang pasir dengan campuran pelbagai elemen lain menjadikan ia seperti satu konsep yang baru.
"Bagaimanapun dua lagi lagu adalah berkonsepkan balada, saya mahu pelbagaikan suara dia dan lihat sambutan pendengar ke arah mana," kata Ajai.
Saturday, April 10, 2010
Anis Aneesa jadi penyanyi muzik World pulak dah
1:12 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment