Sunday, January 2, 2011

Azlan and The Typewriter Norazlan Rosle kahwin


Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.
Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.
Menurut Lan, dia lega dengan kelancaran majlis yang dibuat setelah menunda perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.

"Apabila tarikh pertama yang dirancang tidak menjadi, kami telah menetapkan tarikh baru iaitu hari ini. Itupun saya agak tergesa-gesa kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian. Jadi, bila dah kahwin, senang sikit dan hati pun dah lega. Selepas ini saya akan kembali sibuk dengan persembahan nyanyian. Mungkin kami akan mula fikirkan tentang mendapatkan anak pada tahun depan."
“Setakat ini, kami merancang untuk mendapat seramai tiga orang anak,” katanya yang masih tidak tahu lokasi percutian bulan madu mereka.

Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More