Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik, dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.
Menurut bapa mangsa, Syafrudin (47) seorang (OKU), ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Syafrudin terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya. "Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar."
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.
Kejadian itu berakhir pada pukul 4:09 petang apabila Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan apabila lelaki itu bertindak semakin agresif untuk menyelamatkan mangsa dan lelaki berkenaan mati kira-kira sejam kemudian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut polis, lelaki yang berasal dari Sabah itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961.
Terima kasih PDRM...Terima kasih PDRM....Terima kasih PDRM kerana tindakan yang cekap menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang tak bersalah terima kasih sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment