Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.
Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya tertutup untuk berbaik semula dengan aktor filem Azura 2012 itu.
“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.
“Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia,” katanya kepada mStar Online, di sini.
Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kedua kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia sudah tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.
“Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tetapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.
“Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya terhadapnya selama ini?” katanya dalam nada kesal.
Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.
“Saya akui masih sayangkan dia. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan.
"Jika memang ada jodoh antara kami, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Miera yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Mulanya Di Sini ini, bakal terlibat dalam filem terbaru Mamat Khalid pula berjudul Amir dan Lokman Ke Laut.
“Selepas filem Apokalips dan Rentaz, saya akan kembali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid dalam filem terbarunya, Amir dan Lokman Ke Laut.
“Dalam filem aksi komedi itu, saya memainkan watak kekasih kepada ketua gangster. Ia dijangka memulakan penggambaran pada 30 Januari ini di Ipoh, Perak,” katanya.
Monday, January 30, 2012
Miera Leyana tak suka Shahrizal Jaszle lagi?
10:57 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment