Thursday, January 26, 2012

Rosyam Nor peserta "pilih kasih 3" 60% dipilih sebab paras rupa

Rosyam Nor selaku penerbit rancangan Reality "Pilih Kasih" menyatakan "Pilih Kasih" musim ketiga akan menjadi rancangan yang terakhir pada tahun ini selepas berjaya meletakkan ia setaraf dengan program pertandingan realiti popular yang sedia ada di Malaysia.

"Saya dah penat untuk meneruskan program ini. Tapi, tengoklah macam mana nanti. Mungkin tahun ini adalah yang terakhir.

"Sebab itu, pada tahun ini, saya akan bersungguh-sungguh melahirkan bakat-bakat baru menerusi Pilih Kasih di mana apabila mereka (peserta) keluar dari program ini, mereka mampu membina nama sendiri, walaupun tidak bergelar juara," katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar finalis Pilih Kasih di Hotel Holiday Villa di sini, Rabu.


Seramai 16 finalis dipilih selepas mengadakan pencarian bakat di tujuh lokasi iaitu Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Sarawak, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Tambah Rosyam, pada musim ini, pemilihan peserta lebih menekankan daripada segi rupa paras selain bakat lakonan yang ada.

"Berdasarkan pengalaman sepanjang dua tahun dalam PK, saya mendapati, walaupun peserta mempunyai lakonan yang sangat hebat, mereka tidak mendapat publisiti dengan baik berbanding dengan yang mempunyai paras rupa.

"Justeru itu, saya mencari kelainan sedikit di mana Pilih Kasih kali ini akan menitikberatkan soal pakej sebanyak 60 peratus di samping memiliki bakat lakonan yang hebat.

Pilih Kasih musim ketiga dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.

Sumber: mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More