Monday, January 30, 2012

Tahniah lagu Awan Nano Juara AJL 26 (My prediction was right!)

Lagu Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan Budi Hekayat nyanyian Hafiz dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu Ke-26.
Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang wang tunai RM 35, 000 dan trofi.


Lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan Tinta nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah Naib juara Anugerah Juara Lagu 26.
Mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.


Lagu Karma nyanyian dan ciptaan Faizal Tahir dan Audi Mok mendapat tempat ketiga.
Mereka membawa pulan wang tunai RM 12,000 dan trofi.


Vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu 26 dimenangi oleh Hafiz dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan trofi.


Alyah menang persembahan terbaik menerusi lagu Kisah Hati dan membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Seramai 10 orang juri telah menilai persembahan malam tadi antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Hattan, Afdlin Shauki serta Azmeer selaku ketua juri AJL 26.

Tahniah M.Nasir dan Budi Hekayat kerana lagu ciptaan anda berdua memang layak menjadi juara ianya unik dan nyanyian Hafiz menghidupkan lagi lagu Awan Nano.. 100 percent agree with the results for last night AJL.
Hafiz nyanyi lagu Awan Nano memang merdu dan Vocal memang spot ON! got Goosebumps dan berlinang air mata hafiz nyanyi live terutama sekali lagu Awan Nano ni memang nampak masa untuk breathing/tarik nafas agak singkat tapi Hafiz masih dapat mantain nyanyi dengan merdu and fawless!... amazing.
Alyah membuat persembahan dengan menjadi patung dan pada mula semasa Alyah belum menyanyi memang nampak real and certainly the only performance thats actually have a real good concept, so it was certainly the best in showmanship so congrats.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More