Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.
Tindakan Farah Asyikin memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat nasuha pada 12 Februari lalu.
Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.
Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.
0 comments:
Post a Comment