Monday, February 20, 2012

Konsert Avril Lavigne di Malaysia


Kira-kira 14,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bersempena konsert siri jelajah, ‘Avril Lavigne : Black Star Tour Live in Malaysia 2012’, malam tadi. Membuka tirai persembahan dengan lagu Black Star dan What the Hell dari album terbarunya, ‘Goodbye Lullaby’, wanita berusia 27 tahun ini mendapat sorakan kuat dari peminatnya walaupun dalam keadaan hujan renyai. Stadium Merdeka bertambah bingit apabila Avril meneruskan persembahan dengan lagu popularnya, Sk8er Boi.


Konsert yang bermula jam 8.45malam ini turut dihangatkan dengan seleksi lagu-lagu popular dari empat album studio Avril, Let Go, Under My Skin, The Best Damn Thing dan Goodbye Lullaby. Antara lagu yang dinyanyikan termasuklah When You’re Gone, Wish You Were Here, Girlfriend, My Happy Ending, Smile dan I’m With You.

Walaupun persembahan bekas isteri kepada vokalis dan gitaris Sum 41, Deryck Whibley ini kurang memuaskan dek kerana vokalnya yang kurang mantap, namun Avril tetap mampu memukau penonton yang datang dengan aura serta karismanya sebagai seorang penghibur. Malah, sepanjang konsert berlangsung, penonton yang hadir turut menyanyi bersama-sama dengan beliau.

Avril menutup tirai persembahan akhir siri jelajah Black Star Tour dengan lagu popularnya, Complicated. Secara keseluruhan, konsert yang berdurasi selama satu jam setengah itu cukup menghiburkan walaupun ada segelintir penonton yang mengeluh dengan aksi persembahannya yang kurang mantap.

Sumber: Gua

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More