Friday, March 23, 2012

Bintang Hollywood Di Malaysia - Owen Wilson, Adrien Brody, Camilla Belle Dan Insiden Yang Memalukan

Adrien Brody, Marion Caunter dan SM Nasarudin

Malam tadi telah berlangsung Majlis Sapura dan Kencana Red Ribbon GP Ball 2012 dan ramai Bintang terkemuka dunia telah menhadiri majlis tersebut di Grand Ballroom of Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Bukan saja bintang Hollywood yang hadir, tetapi bintang bolasepak dunia, bintang Formula One dan bintang Tinju pun ada.. pendek kata Majlis ini dipenuhi macam-macam bintang lah... :p

Owen Wilson dan Datuk Seri Najib

Dayang Nurfaizah, Leona Lewis dan Bob AF

Owen Wilson dan Marion Caunter

Walaupun tak hadir majlis ni :( memang banggalah jugak apabila mengetahui kehadiran bintang Hollywood seperti Owen Wilson, Adrien Brody, Camilla Belle, penyanyi british Leona Lewis, bintang Formula One Fernando Alonso, Nico Rosberg, Pastor Maldonado, Narain Karthikeyan, Vitaly Petrov, Heikki Kovalainen, Nico Hulkenberg, Timo Glock, Charles Pic, Jerome D'Ambrosio, Jules Bianchi, Esteban Gutierrez, Sebastien Buemi dan Juara tinju David Haye datang beramai-ramai ke Malaysia, tapi dalam pada bangga bertukar malu, apabila pengacara majlis tersebut salah menyebut nama Owen Wilson.

Bintang Hollywood menyambut kedatangan Yang di-Pertuan Agong


Camilla Belle dan Adrien Brody

Fahrin Ahmad dan Fabio Canavarro

Leona Lewis membuat persembahan


Pengacara salah sebut nama Owen Wilson
Difahamkan dua pengacara/emcee di majlis ini, seorang lelaki dan seorang perempuan, emcee lelaki adalah Fahrin Ahmad dan yang perempuan (no idea, nanti update kalau tahu) so, semasa ucapan pembukaan untuk memperkenalkan bintang-bintang yang hadir pengacara majlis perempuan telah salah menyebut nama Owen Wilson sebagai "Owen Williams", dan yang lebih memalukan sebelum memperkenalkan Owen Wilson, pengacara perempuan dengan tanpa segan silu mengaku (kononnya) Owen Wilson pelakon kegemarannya.

Pengacara wanita sengal
"dengan rasa hormatnya memperkenalkan pelakon kegemaran saya" Owen Williams!"
"It is a great honour to introduce my favourite actor, Owen Williams!"

laaa.... kalau betullah Owen Wilson tu pelakon kegemaran takkanlah tak tahu nama yang betul?  sangat memalukan! yang pasti Owen Wilson tak suka dan marah, suka hati jee nak sebut nama keluarga dia kan? bayangkanlah jika diri anda terkenal hampir seluruh dunia  kemudian nama keluarga salah disebut suka tak? :(


Fahrin Ahmad, Umie Aida dan Dayang Nurfaizah

Insiden memalukan terhadap Pengacara Lelaki, Fahrin Ahmad.
Mungkin selepas nama Owen Wilson disebut sesuka hati .. :P  perasaan geram dan marah yang membuak-membuak seperti gunung berapi nak meletup Owen Wilson yang disimpan dalam hati,  pengacara lelaki Majlis ini, Fahrin Ahmad telah menerima tempias ledakan larva Owen Wilson, apabila Owen dan pengiringnya menolak permintaan Fahrin Ahmad untuk bergambar bersamanya di belakang pentas, sedangkan sebelum itu, Owen Wilson okay dan sempat beramah mesra, senyum-senyum...ketawa dengan sekumpulan wartawan. kesian kan Fahrin :(

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More