Enot
Pelawak Enot menjelaskan kerenggangan hubungannya dengan rakan artis Didie Alias sejak beberapa bulan lalu bukan kerana selisih faham.
Sebaliknya, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 34, berkata kesibukan tugas masing-masing membataskan hubungan mereka sehingga dilihat tidak seakrab seperti dahulu.
"Jangan salah faham, kami tiada apa-apa masalah. Memanglah saya dan Didie agak renggang kebelakangan ini dan jarang berjumpa tetapi kami tidak bergaduh.
"Sejak saya mula rapat dengannya beberapa tahun dulu, kami terlalu akrab dan sering dilihat bersama di mana sahaja.
"Kini, kami mahu memberikan tumpuan pada urusan kerja dan keluarga masing-masing, itu sahaja,"
Keakraban Enot dan Didie sebelum ini dapat dilihat apabila mereka terlibat menyertai program Sehati Berdansa musim ketiga, mengacarakan Kalau Berani 1 vs 0 dan berlakon dalam pelbagai produksi drama.
Pelawak yang kini bertudung itu berkata, dia berenggang dengan Didie demi memberikan tumpuan pada keluarga dan perniagaan yang selama ini terganggu kerana kesibukan kerja seninya.
Didie Alias
"Selama ini, saya sering bergantung harap pada Didie sehingga dia terlalu mengambil berat pada kehidupan dan kerja saya.
"Didie banyak memberikan perangsang untuk saya berdiri di atas kaki sendiri bermula 2012 ini. Alhamdulillah kini saya bahagia dengan jalan yang saya pilih," katanya.
Ditanya tidakkah dia merindui keakraban mereka seperti sebelum ini, Enot berkata, dia perlu menguatkan semangat demi keluarga dan perniagaan membuat kek yang kini menjadi periuk nasinya.
Didie Alias dan Enot
"Memang terasa kehilangannya tetapi saya perlu hormati dia yang sibuk dengan kerja dan keluarga, begitu juga saya.
"Saya pula sudah lama tidak menerima apa-apa tawaran lakonan jadi tumpuan kini pada bisnes dan keluarga," katanya.
Sementara itu, Didie pula berkata, hubungan mereka menjadi renggang kerana dia ingin memberikan ruang kepada Enot untuk berdikari.
"Kami sudah seperti saudara tak mungkin akan bergaduh pula. Selama ini, dia banyak bersama saya dalam urusan kerja dan peribadi.
"Saya rasa tidak seronok apabila orang anggap saya kawal kehidupannya atau dia terlalu bergantung kepada saya.
"Sudah tiba masanya dia bergerak sendiri untuk kehidupannya dan keluarga. Saya memerhatikan dari jauh selepas membimbing dan bantu dia apa yang wajar sebelum ini," kata aktres filem Kanta Serigala itu.
mStar
Didie Alias adalah satu-satunya pengacara dan pelakon wanita yang rina paling suka sebab perangai kak Didie memang lucu, baik dari segi pengacaraan atau lakonan and fyi, rina jenis yang susah nak ketawa. "hati semi-cold"
0 comments:
Post a Comment