Sunday, June 10, 2012

Zack New Boyz Mungkin Akan Menerima Hukumun Mati

 Zack New Boys

SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Sumber: harianmetro


Zack (baju hijau) bersama kumpulan Newboyz

Zack dengan gaya kehidupan mewah hasil menjual dadah.

Artikel di bawah daripada harian metro pada awal Januari 2010 butir mengenai penangkapan seorang artis yang hidup mewah menjual dadah yang kini diketahui artis tersebut adalah Zack pemain gitar Bass kumpulan Newboyz.


KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis. Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini. Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu. “Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit. “Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya. Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu. “Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak. “Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram. “Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya. Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas. “Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

-Artikel harian metro pada Januari 2010-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More