Allahyarham Kuswadi Bujang@ Kuswadinata
Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 5.07 petang kelmarin (Sabtu 16 Februari 2013) kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
Allahyarham Kuswadi Bujan
Selain pendarahan usus, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk
sehingga sukar untuk membuang air kecil secara normal. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor dan telah selamat dikuburkan pagi tadi sekitar jam 10-11 pagi.
Pelakon yang popular dengan watak ‘Abang Kus’ dalam filem Seniman Bujang Lapok itu berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital yang sama sejak 9 Februari lalu.
Antara filem lain yang pernah dibintangi Allahyarham adalah Jejak Bertapak, Serampang Tiga dan Kala Malam Bulan Mengambang,
Sepanjang hayat beliau, Allahyarham Kuswadinata pernah dianugerahkan Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham, semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman Amin.
0 comments:
Post a Comment