Anggota PGA yang sedang menjamu selera seakan terkejut disapa oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar. (suka gambar ni)
FELDA SAHABAT 16, 21 Mac – Prihatin terhadap kebajikan dan kemudahanan petugas-petugas keselamatan di Lahad Datu,Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama SAC Dato’ Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah telah ‘turun padang’ di sekitar MARTEK OPS Daulat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am di Dewan Semaii Bakti, Desa Kencana dan KOMTEK OPS Daulat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am untuk meninjau keadaan semasa anggota-anggota petugas.
Anggota Keselamatan mengalas perut selepas balik dari tugas.
“Kami amat berbangga dan mengucapkan penghargaan di atas keperihatinan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan PDRM”, ujar salah anggota Pasukan Gerakan Am yang ditemui di sini ketika lawatan mengejut Timbalan Ketua Polis Negara.
SAC Dato’ Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah melawat tempat penginapan anggota-anggota pasukan keselamatan Briged Sarawak.
Tempat penginapan.
Timbalan KPN, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Dato’ Tan Kok Liang.
Semoga lawatan ini menjadi pembakar semangat untuk perwira-perwira Malaysia!.
0 comments:
Post a Comment