Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts
Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Jimmy Shanley Rakam Video Pergaduhan Dengan Isteri

Nursuhaila Eliani

Kemelut rumahtangga Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy masih belum berakhir. Petang tadi berlangsung satu prosiding bagi membicarakan tuntutan Taat Setia Isteri ( Nusyuz) yang dikemukakan oleh Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Saharuddin Selamat itu, Jimmy mendedahkan dia pernah menampar Suhaila dua kali. Kali pertama pada hari ketiga perkahwinannya (3 Oktober) dan kali kedua ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand (19 Oktober).

Jelas Jimmy, dia bertindak sedemikian kerana ingin memberi peringatan kepada Suhaila yang sering kali mengingkari nasihatnya, bukan dengan niat mencederakannya. Pengacara ini juga memberitahu mahkamah bahawa masalah rumahtangganya telah bermula dari hari pertama perkahwinannya dan dia tidak pernah menerima layanan yang sepatutnya daripada Suhaila.

“Perkahwinan kami atas dasar suka sama suka dan ia adalah permintaan ibu bapa mentua saya. Kami telah berkenalan selama sembilan bulan sebelum berkahwin. Malah, sebelum berkahwin isteri saya pernah berkata kalau hendak bercinta, boleh dilakukan selepas berkahwin kerana masih banyak masa,” ujar Jimmy ketika menjawab soalan peguam yang bertanyakan sama ada perkahwinan mereka dipaksa oleh sesiapa atau tidak.

Dalam prosiding yang sama, Jimmy turut mendedahkan yang dia ada membuat rakaman video pergaduhannya dengan isteri di Hotel Mercure, Koh Samui. Namun, rakaman video itu tidak dipertontonkan kepada mahkamah.

Prosiding mahkamah ditangguhkan pada 7 Mei dan 14 Mei hadapan.

Sementara itu, Jimmy yang ditemui selepas prosiding berakhir memberitahu yang dia masih menyayangi isterinya itu walaupun Suhaila secara terang-terangan mengatakan dia sudah tidak mampu menyayanginya sebagai suami.

“Saya berat hati hendak melepaskan (cerai) Suhaila kerana saya masih sayangkan dia. Kami sudah ada anak, jadi apa yang saya buat ini adalah demi anak kami. Bagi saya, suami isteri mesti ada perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kalau boleh saya memang hendak selesaikan perkara ini di luar mahkamah, tetapi isteri yang tidak mahu,” ujar Jimmy.

Diminta mengulas tentang status penjagaan anaknya, Zahrah Shanley yang berusia tujuh bulan, lelaki berusia 32 tahun ini enggan mengulas lanjut. Jelas Jimmy, dia bimbang kenyataannya itu nanti boleh menjejaskan kes yang telah pun dibawa ke mahkamah.

Jimmy dan Nursuhaila

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Kira-kira sebulan selepas berkahwin, kemelut rumahtangga pasangan ini mula dihidu pihak media apabila mereka dikatakan tinggal berasingan.

Diana Mariana Punca Keretakan Rumahtangga Jimmy Shanley?

Jimmy Shanley

Dalam prosiding mahkamah hari ini, Jimmy Shanley,33, ada memaklumkan mahkamah bahawa isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 26, bertindak meninggalkannya ketika berbulan madu di Koh Samui , Thailand.

Jelas Jimmy, Suhaila bertindak demikian setelah berlaku pertengkaran di antara mereka berdua pada 19 Oktober 2010, iaitu hari kedua mereka berbulan madu. Jelas Jimmy Suhaila telah mendaftar keluar dari Hotel Mercure pada pagi 20 Oktober 2010 dan pergi ke Bangkok, Thailand tanpa persetujuannya.

“Selepas dia pergi ke Bangkok saya tidak dapat menghubunginya kerana saya tidak tahu nombor telefonnya di Thailand. Saya tahu aktiviti dia di sana melalui akaun Facebook miliknya. Isteri kata “Aku “Aku mai la sape pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah... aku nak keluar pi enjoy jap. Enjoy untuk hilangkan stress.” Daripada maklumat itu, saya rasa defendan (Suhaila) sedang bersuka-ria di Bangkok,” ujar Jimmy pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat.

Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila. Persoalannya, siapa sebenar Diana Mariana di sisi Nursuhaila? Ini kerana sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan Suhaila menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita? Mungkinkah Diana adalah wanita yang dimaksudkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More