Friday, February 24, 2012

Video Majlis Akad Nikah Yusy Abdul Halim dan Lisa Surihani

Lisa Surihani ditemani ibu masuk ke dewan. (*so sweet*)



Majlis akad nikah Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani telah berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari Khamis 23 Februari 2012 kira-kira jam 9.05 malam. Majlis yang menggunakan tema Winter Garden dihadiri lebih 250 orang tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.
Lisa menerima seutas rantai plantinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai

Pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.
Mereka akan berangkat ke Switzerland sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini. Mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More