Saturday, February 25, 2012

Gambar Perkahwinan Ana Raffali




Cek Maybank berjumlah RM 11,412.








Baju kurung Moden berwarna kelabu Ana Raffali rekaan Ezuwan Ismail.

Pasangan Pengantin baru Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah.

Dengan sekali lafaz, penyanyi lagu "Tolong Ingatkan aku", Ana Raffali 26, kini sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pada tarikh 25 Februari 2012.
Didahului dengan majlis pertunangan pada jam 11.15 pagi, pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bapa Ana Raffali sendiri iaitu Mohd Raffali Mohd Nor di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 11.55 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak RM11, 412.
Angka simbolik mas kahwin "11412" adalah gabungan tarikh lahir Ana yang dilahirkan pada 14 November manakala Naim pada 24 Februari.
Majlis persandingan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah pula dilangsungkan pada jam 2 petang kemudiannya di tempat yang sama di perkarangan masjid dengan kehadiran kira-kira 500 tetamu jemputan terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.


Hantaran Pengantin lelaki
1)sirih junjung
2)coklat
3)telekung
4)set perfume Mont Blanc
5)manisan
6)gelang tangan perak dan cincin
7)cek RM11, 412

Hantaran Pengantin Perempuan
1)buah-buahan
2)bunga rampai
3)kek
4)7 biji kamera
5)jam tangan Stuhrling dan perfume Lacoste
6)sireh junjung
7)Ipad
8)cincin
9)dompet

Selamat pengantin baru semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More