Deadmau5 telah mengenakan "Prank" terhadap rakan DJ yang juga tercalon di Grammy iaitu Skrillex dengan memaparkan nombor telefonnya pada T-shirt hitamnya itu dan dia juga memaparkan gambar dirinya di twitter untuk tontonan 82 ribu pengikutnya, Skrillex pula membalas melalui tweeter “not even funny”, bagaimanapun Deadmau5 mendapat balasan apabila Skrillex membawa pulang 3 Anugerah Grammy salah satunya adalah Best Dance/Electronica album. :)
Gwyneth Paltrow tidak menampilkan diri di karpet Merah tetapi gambarnya telah ditangkap di belakang pentas, beliau nampak anggun memakai gaun daripada Stella McCartney.
Val Kilmer memakai tuxedo dan menghadiri Anugerah Grammy ke 54 sebab tercalon dalam kategori (Best Spoken Word Album) untuk “The Mark of Zorro.”.
Cyndi Lauper penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Girls Just Want to Have Fun” memakai pakaian daripada Jean Paul Gaultier.
Alicia Keys memakai pakaian Couture Alexandre Vauthier dan suaminya Swizz Beatz memakai blazer velvet berwarna ungu.
Pasangan suami isteri Miranda Lambert and Blake Shelton (mereka lambat 1 1/2 jam apabila pemandu yang ditugaskan untuk membawa mereka tidak tahu jalan ke Staples Center)
Adam Levine memakai sut kelabu, tali leher biru manakala teman wanitanya Anne V seorang model Victoria's Secret memakai pakaian yang memang menjolok mata :P
Carrie Underwood gaun backless berlengan panjang "Starlet" dengan sulaman labuci halus daripada Gomez-Gracia.
Pemenang enam Anugerah Grammy, Adele memakai gaun hitam labuci dengan lengan tiga suku panjang daripada Armani dan barang kemas daripada Harry Winston.
Rihanna tampil dengan gaya rambut baru berwarna perang dan gaun sutera hitam ciptaannya sendiri bersama Giorgio Armani.
Sumber: Getty Image dan Wire Image.
No comments:
Post a Comment