Tuesday, March 6, 2012

Fasha Berkahwin Tahun Ini

Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman daranya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik", katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” ujarnya.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More