Penyanyi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berhasrat untuk menimang cahaya mata pada tahun ini selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Norhanapfe Omar.
Haiza dan suaminya sudah lama ingin mendapatkan anak tetapi rezeki masih belum menyebelahi mereka.
"Ada yang kata saya merancang tetapi sebenarnya tidak kerana masih belum rezeki saya dan suami untuk mendapat zuriat.
"Bagaimanapun tahun ini jika diizinkan Allah saya nak mengandung,"
Dalam pada itu, Haiza berkata, dia telah pun berjumpa dengan pakar sakit puan untuk menjalani ujian bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah.
Ujarnya, doktor telah mengesahkan dirinya dan suami berada dalam keadaan normal serta tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan cahaya mata.
"Risau jugak sebab dah hampir lima tahun kahwin masih belum 'melekat', tetapi doktor telah mengesahkan kami berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment