Saturday, March 31, 2012

Malique: Luahan Hati Pengharaman Lagu "Bawaku Pergi" Ciptaannya

Luahan Hati Malique

Pagi tadi, Zizan menelefon saya mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.


Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.


Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.


Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?


Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.


Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.


Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut.


Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.



Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.


Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. It's just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You don't go around telling the whole country that they shouldn't taste it too.


To whomever it may concern, you can start by being fair, if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.


Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.




Lirik dan Lagu "Bawaku Pergi" Ciptaan Malique, nyanyian Kaka dan Zizan.

Dari segi intelektual...rasanya  nukilan penulis lirik or penulis buku..etc, apa yang mereka tulis ini sebenarnya boleh diinterpretasi dari pelbagai sudut, apa yang ditulis tidak bermaksud apa yang dimaksudkan.
Common Sense
Adakah sesiapa yang menyanyikan "lari-lari baling bola salji depan gua sambil cari yeti"  pendengar akan terus melarikan diri ke himalaya cari Yeti?? btw, lagu bawaku pergi ni sedap didengar ianya hanyalah hiburan bukanlah suatu ajaran sesat untuk diharamkan.

-nanti (kalau rajin) rina buat post mortem lirik lagu orang lain yang mungkin mempunyai unsur-unsur lebih ketara negatif kot.. and then kenapa tak diharamkan pulak- :P

1 comments:

ibnu marzuki al firdaus said...

apa twit handle malique & Melissa? Penat saya dok GOOG... Sebab Ben idola kecil 5 dah nyanyi bawaku pergi! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More