Saturday, January 15, 2011

Arianie dah tak sabar lagi!

Arianie seorang pramugari Malaysian Airlines "Selepas lima tahun, saya sudah tidak boleh bersabar lagi." itulah yang diungkapkan oleh bekas isteri Hattan apabila ditanya soalan mengenai tuntutan edah dan mutaah yang tergantung sejak difailkan pada 2006 di Mahkamah Rendah Syariah.
Arianie pernah menuntut edah dan nafkah daripada Mohd. Shukri Shahabuddin (Hattan) sejak mereka disahkan bercerai pada 10 Mac 2005.

"Tapi selepas lima tahun, saya tidak pernah dapat apa-apa, sedangkan semua orang tahu (edah) itu tuntutan agama.



"Dia kena bertanggungjawab, saya sudah tiada apa lagi sekarang ini, anak pun tinggal dengan dia," iaitu anak lelaki tunggal mereka Adam Eiman 11 tahun.
Arianie 39 juga tidak menolak untuk memfailkan hak penjagaan anak selepas Hattan dikatakan mengenakan syarat-syarat tertentu apabila ingin membawa anaknya keluar.


Menurut Hattan pula dia buakan penyebab sehingga kes itu tertangguh sejak lima tahun lalu. Sebaliknya peguam syarie Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Hattan berkata, kes tertangguh beberapa kali disebabkan isu insolvensi yang dibangkitkan oleh bekas isterinya Arianie Mohd. Abidin.

"Sepatutnya ia boleh diselesaikan segera dengan mengemukakan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi yang membenarkan Arianie meneruskan kes, tidak perlu pegawai datang ke mahkamah," jelas Mohd. Faiz kepada media.

Sumber: Kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More