Sunday, December 11, 2011

ND Lala Disamun kereta BMW dipecah


Ayah kepada penyanyi Shila Amzah, naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, iaitu penyanyi ND Lala (Amir Hamzah Salleh) yang popular dengan lagu PM disamun oleh sekumpulan geng bermotor. Kejadian 3.40 pagi itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam ketika Nd Lala dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cheras selepas berjumpa prospek untuk menerangkan mengenai kursus perniagaan kelolaannya.

Beliau berhenti untuk ke tandas dan sekembali ke kereta BMW miliknya tu, artis berumur 50 tahun ini menyemak ‘SMS’ di telefon bimbit iPhone4 tanpa menyedari beliau telah dikerumuni oleh sekumpulan sepuluh hingga lima belas lelaki menunggang 10 buah motosikal. Salah seorang daripada mereka telah bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar. Beliau hanya sempat menunduk dan menutup mukanya kerana bimbang dicederakan. Sukar digambarkan perasaannya ketika itu. Mereka menjerit mengarahkan beliau keluar tetapi tidak sempat keluar dari kereta, beliau diheret dan mereka merampas telefon bimbitnya. Kunci BMW beliau juga turut diambil. Mungkin untuk mengelakkannya mengejar mereka.

ND Lala juga dipukul tetapi beliau tidak melawan dan hanya sempat melindungi mukanya. Nasib ND agak baik apabila kumpulan itu melarikan diri apabila lori tangki tiba untuk mengisi minyak di stesen itu. Kini beliau masih lagi truma dengan lebam-lebam di badannya. Berhati-hatilah semua. Jenayah dan kemalangan boleh berlaku di mana jua. Lebih-lebih lagi ditempat yang tidak disangka. Penjenayah sekarang ini lebih tegar dan berani – Gambar kredit kepada Harian Metro dan Kosmo.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More