Norazlan Rosle atau Lan 29 tahun daripada kumpulan Azlan and the Typewriter sekarang bergelar ayah selepas isterinya Normala Hassan 29 tahun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 9.03 malam 28 Disember 2011. bayi perempuan yang diberi nama Laurra Lutfea itu dilahirkan secara normal di Hospital Lourdes, Sentul dengan berat 2.8 kilogram.
“Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula. “Sepanjang empat hari bergelar bapa, perasaan seronok untuk menjaga Lutfea membuak-buak. Ini pun dah berapa malam saya tak cukup tidur,” selorohnya yang dihubungi di sini, Ahad. Bagaimapun, tambah Lan, dia enggan Lutfea mengikut jejak langkahnya menjadi seorang penyanyi mahupun pelakon apabila dewasa kelak. Ujar Lan lagi, dia ingin anaknya itu dididik supaya meminati profesion lain tetapi terpaksa akur jika kerjaya muzik nanti menjadi pilihannya. “Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.
Lan atau nama sebenarnya Norazlan Rosle dan Normala, 29, telah diijabkabulkan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.
0 comments:
Post a Comment