Thursday, March 15, 2012

Brenda Londoh "Mulut Longkang"

Brenda Londoh

Brenda Anura Lundo Jamin, 18 berasal daripada Kudat, Sabah bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan komposer lagu. Artis naungan Erama Records ini meminati irama balada dan country, mula menyanyi seawal usia lima tahun dan mula serius lapan tahun kemudian ketika berusia 13 tahun.
Sewaktu di tingkatan satu, Brenda mendalami permainan gitar dan sepanjang tempoh lima tahun menguasai instrumen itu, lebih 20 lagu berjaya dihasilkan.

Brenda Londoh

Hampir keseluruhan lagu berkisar pemerhatiannya terhadap keadaan sekeliling.
Tambah membanggakan, belumpun namanya menyerlah sebagai penyanyi, Brenda sudahpun diberi kepercayaan menghasilkan lagu buat juara Akademi Fantasia 9, Hazama yang berjudul Cinta Atas Tar. Lagu itu karya Jasnie manakala Brenda bertindak sebagai penulis lirik.

Bekas pelajar aliran Sains di SMK Pinawantai, Kudat itu baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia memperoleh keputusan membanggakan, 4A, 4B dan 2C+.
Menetap di Kuala Lumpur sejak April lalu, anak ketiga daripada tujuh beradik itu juga sepupu kepada Marsha Milan Londoh. Bagaimanapun, Brenda akui tidak begitu rapat dengan Marsha.

Brenda dan Marsha Sepupu

Brenda: “Bapa saya dan Marsha adik-beradik. Sejak orang tua saya bercerai, saya dijaga ibu dan disebabkan itu, saya tidak begitu mengenali atau rapat dengan keluarga sebelah ayah termasuk Marsha. Saya hanya sedar kami bersaudara ketika Marsha menyertai AF3.

“Apabila ramai tahu, ada yang menganggap saya cuba menumpang popularitinya.
Walaupun kami tidak rapat, saya tetap bangga dengan kejayaan Marsha tapi itu tidak bermakna saya mahu menumpang namanya,”



Official Music Video Mulut Longkang by Brenda.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More