Sunday, January 8, 2012

Blogger 12 tahun meninggal Jesssica Joy Rees RIP


Seorang blogger kanak-kanak yang berumur 12 tahun telah meninggal dunia akibat kanser otak. Pemergian Jessica Joy Rees dinyatakan oleh keluarga Jessica melalui Facebook bahawa "Jessica telah meninggal dunia selepas 10 bulan melawan penyakit kansernya pada hari khamis (5 januari 2012) facebook.com/jessicajoyrees Jessica Joy Reese selama ini membuat blog tentang kehidupannya melawan penyakit kanser otaknnya di www.jessicajoyrees.com Jessica mula berblog selepas didiagnos dengan ketumbuhan otak yang tidak dapat dilakukan pembedahan pada 3 March selepas menjalani MRI ketumbuhan yang kedua telah dikesan pada bulan September.



Kebanyakan blog Jessica mengenai kesukaran beliau semasa menjalani rawatan radiasi dan kimoterapi dan kebanyakkanya juga tentang harapan jessica supaya pembaca blognya membantu penyelidikan kanser. Setiap tulisan di dalam blog Jessica, beliau pasti akan menggunakan singkatan nama "NEGU" yang bermaksud "Never Ever Give Up"



Di Facebook page, Jessica pernah menyatakan bahawa misinya adalah untuk menggesa supaya semua kanak-kanak yang menghidapi kanser untuk tidak berputus asa dan jangan sesekali berputus asa dengan menyebarkan keceriaan, kesayangan dan harapan, hati yang ceria adalah ubat yang terhebat.



Jessica dan ayahnya telah menubuhkan "The NEGU Foundation" iaitu pertubuhan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kanser kanak-kanak, membantu pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit ini dan untuk menjana wang bagi penyelidikan penyakit ini.

Untuk memberi penghormatan dan sokongan kepada Jessica Joy Reese dan keluarga sila klik "like" Facebook Jessica www.facebook.com/jessicajoyrees

Untuk tabung Negu Foundation http://www.thenegufoundation.org

baby-rina

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More