Thursday, January 26, 2012

Demi Moore rebah selepas kena sawan

Demi Moore telah mengalami serangan sawan pada malam Isnin lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital dan dirawat untuk anorexia.




Demi Moore berusia 49 tahun nampak semakin kurus sejak berpisah dengan suami Ashton Kutcher, dan melalui sumber yang rapat dengan pelakon itu menyifatkan apa yang berlaku kepadanya.

"Demi Moore rebah selepas megalami sawan"
"Demi akan diberikan rawatan untuk anorexia dan punca lain yang menyebabkan dia mengalami serangan sawan."


Anorexia adalah salah satu sebab yang menyebabkan Demi Moore mengalami sawan dan dikatakan Demi Moore tidak lagi menjaga kesihatan dirinya sejak kebelakangan ini dan berat badannya semakin banyak berkurangan.
Demi juga dikatakan menerima rawatan kerana penyalahgunaan bahan yang lain.



Perkahwinan selama enam tahun Demi Moore dan Ashton Kutcher yang berakhir pada tahun 2011 selepas Demi menngetahui kecurangan Ashton bersama Sara Leal melalui laporan dalam majalah "Star magazine" pada ulang tahun perkahwinan mereka. Walaupun Demi mengumumkan dia telah berpisah dengan Ashton tetapi surat perceraian belum lagi difailkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More