Saturday, January 28, 2012

Fahrin buat kursus motivasi untuk wanita (yayyyy nak pergi)

Fahrin bersama rakan kongsinya akan membuat kursus motivasi khas untuk kaum wanita, kursus motivasi ini bertujuan untuk membantu kaum wanita menyelamatkan diri daripada diperdaya oleh golongan lelaki yang menganiaya kaum wanita dengan kata-kata dan janji-janji manis yang pasti akan dikesali golongan wanita di suatu masa nanti.

“Saya merasakan perlu untuk berkongsi rahsia bagaimana seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata manisnya untuk memperdayakan wanita. Dengan cara itu golongan berkenaan dapat mengelak daripada termasuk dalam perangkap lelaki yang ingin mengambil kesempatan kepada mereka,”

Dalam kursus itu nanti selain Fahrin, beberapa pakar motivasi akan di undang untuk mengajar selok-belok 'permainan' lelaki yang cuba memikat dan merosakkan kehidupan seseorang wanita.

"Selepas membuat kajian mengenai pengisian dalam sesebuah kursus motivasi, didapati wanita kurang didedahkan mengenai taktik lelaki yang mempunyai niat jahat terutamanya yang mahu cuba memikat.

"Justeru itu, saya dan rakan kongsi menghasilkan modul berkenaan dan ternyata ia menerima respons positif selepas menganjurkan kursus di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Disember tahun lalu," katanya yang masih merancang untuk mengendalikan aktiviti itu pada tahun ini.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui bahawa dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang motivasi, sebagai ganti cita-citanya yang mahu menjadi seorang guru sejak kecil lagi.

"Selain berlakon dan mengacara, saya mahu memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

"Dan pada tahun lalu, saya memulakan langkah demi langkah dengan mengambil ilmu daripada beberapa pakar motivasi yang antaranya seperti Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan Dr. Tengku Ismadi.

Sumber: mStar

Sokong sangat-sangat motivasi begini sebab paling benci baca berita bayi tak berdosa mati dan dibuang sesuka hati disebabkan golongan wanita yang kononnya telah terlanjur.....it takes two to tango! use your brain don`t use your grain ??

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More