Sunday, January 29, 2012

Gambar Emma Watson LCCT Malaysia Omg!

Gambar pelakon Harry Potter Emma Watson yang ditangkap semasa membeli barang di kedai tanpa cukai Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) menjadi perbualan ramai di dunia alam maya apabila topik 'Emma Watson di Malaysia' di Twitter tersebar dengan cepat sekali. Malangnya, ia hanyalah "kes salah identiti"(mistaken identity).

Rupa-rupanya, gambar yang dikatakan adalah Emma Watson pelakon harry potter yang ditangkap semasa berada di kedai bebas cukai (LCCT) itu, hanyalah seorang pelancong biasa dari luar negara, cuma kebetulan pelancong tersebut mempunyai ciri-ciri wajah dan gaya rambut yang sama sebab di dalam twitter rasmi Emma Watson tidak ada menyebut langsung bahawa dia melawat Malaysia.

Khabar angin yang mengatakan kehadiran Emma Watson di LCCT timbul lagi apabila stesen radio tempatan Fly.FM pada pagi khamis lalu apabila DJ Nadia, Prem dan Hafiz telah membincangkan perkara itu. Mereka telah menghubungi publicist Emma Watson di UK tetapi tidak mahu menjawab pertanyaan mereka.

Perbualan yang singkat itu telah membuatkan 3 DJ radio itu lebih ingin tahu daripada sebelumnya, mereka kemudian menghubungi hotel-hotel 5-bintang di seluruh Kuala Lumpur tetapi tidak membuahkan hasil.

Emma Watson kini di Amerika Syarikat untuk menghadiri acara promosi filem terbarunya "My Week With Marilyn" yang dicalonkan untuk dua anugerah Oscar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More