Tuesday, January 24, 2012

Gambar Fifi Ramadani diselamatkan daripada lelaki bogel yang menjadikannya tebusan (terima kasih PDRM)


Fifi Ramadani Syafrudin (10 tahun)

Pada hari isnin (23 Januari 2012) seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru telah dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bogel yang memasuki rumahnya.

Lelaki yang dikatakan berasal daripada Sabah berusia 34 tahun telah masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur dan meletakkannya di leher kanak-kanak perempuan yang berumur 10 tahun iaitu Fifi Ramadani, kemudian mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan.


Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik, dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.

Menurut bapa mangsa, Syafrudin (47) seorang (OKU), ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Syafrudin terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya. "Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar."
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

Suspek dibawa keluar dan masih bernyawa

Kejadian itu berakhir pada pukul 4:09 petang apabila Polis terpaksa melepaskan empat das tembakan apabila lelaki itu bertindak semakin agresif untuk menyelamatkan mangsa dan lelaki berkenaan mati kira-kira sejam kemudian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Fifi Ramadani nampak terlalu trauma

Terima kasih PDRM

Menurut polis, lelaki yang berasal dari Sabah itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961.


Terima kasih PDRM...Terima kasih PDRM....Terima kasih PDRM kerana tindakan yang cekap menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang tak bersalah terima kasih sekali lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More