Monday, January 2, 2012

Gambar perkahwinan Ash dan Sherry Merlis



Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau nama pendeknya Ash vokalis kumpulan Gabba Gabba kini telah sah bergelar suami kepada seorang pelakon wanita Sherry Merlis. Majlis pernikahan merekat diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Kedua-dua pasangan tidak akan membuat majlis resepsi/ majlis persandingan untuk perkahwinan mereka.
Ayah Sherry Merlis sendiri iaitu Wan Zainal Abidin menikahkan mereka pada pukul 10 pagi (Ahad 1.1.2012) dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.
Pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.
Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Sherry Merlis berusia 40 tahun mempunyai dua orang anak bernama Habib Daniel 18 dan Harith Daniel 17 tahun dengan bekas suami Esma Daniel.
Ash berusia 29 tahun mempunyai seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra 3 tahun dengan bekas isteri Khaidirah Abu Zahar atau Dira (pengacara Melodi)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More