Friday, January 6, 2012

Hafiz dan adira berpisah



Juara Akademi Fantasia musim ketujuh Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz dan Adira af8 sudah berpisah, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turut mengganggu kerjaya masing-masing.

"Walaupun tidak lagi berhubungan, kami masih lagi berkawan. Keputusan ini dibuat kerana kami ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun kami bina."

"Kami tidak bergaduh mahu pun bermusuhan. Cuma antara kami memang sudah membawa haluan sendiri. Kami juga cuba merenggangkan hubungan antara kami untuk kebaikan masing-masing."

"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga."

"Daripada berlarutan dan lebih banyak kesusahan dialami lebih baik jalan tersebut dipilih untuk kebaikan bersama,"

"Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu"

Hafiz berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan Adira itu pada masa akan datang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More