Saturday, January 21, 2012

Ogy : i forgive you Johan but Saman tetap Saman!


Mungkin begitulah gaya pertuturan makcik Ogy? entahlah... apa pun baby dah semakin benci pulak dengan makcik ni, dulu-duluuuu... boleh lagi gelak kalau makcik Ogy ni buat lawak (kadang-kadang je) tapi sekarang tak tahulah apa masalah makcik ni....Oopss..

Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menyatakan sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) yang dianggap telah mengaibkannya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) tahun lalu.
Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.
"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.
Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.
Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.
Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.

Sumber: mStar

tertarik pulak ayat Makcik Ogy ni "mencacatkan sesebuah majlis yang dikendalikan" ni nak cakap terus terang semasa FFM24 tu saya ada tengok dalam astro walaupun miss 15/30 minutes of the show, tapi kalau makcik ni buat-buat tak tahu sebnarnya Johanlah yang paling menghidupkan suasana malam FFM24 tu, Makcik Ogy, kalau makcik nak tahu hiburan dari pengacara adalah yang paling penting untuk sesebuah rancangan/majlis/pertandingan...etc dan Johan sememangnya menghiburkan pada malam tersebut penonton di rumah dan penonton yang hadir di Festival tu memang banyak yang gelak dan terhibur sebab Johan bukan sebab makcik. tertarik lagi dengan petikan ni,
Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.
ermmm.. tapi saman...pulak...iskk.. banyak nak cakap mengenai Makcik ni tapi lebih baik berhenti saja di sini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More