Thursday, January 19, 2012

Rita Rudaini Terima surat tak masuk akal daripada Aidil



Pada 10 Januari lalu, Aidil Zafuan Abdul Radzak 25 telah meninggalkan rumah yang didiaminya dengan isteri Rita Rudaini Mokhtar 36 di Sunway Damansara dan sekarang Aidil telah menghubungi Rita "secara tak langsung" dengan hanya menghantar surat kepadanya.
Rita menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi hari ini (khamis 19 januari) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,”

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.

Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata "tidak".



Jelas Rita sekiranya Aidil merindui dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan, suaminya itu boleh pulang ke rumah.

“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri”

“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar,”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More