Thursday, January 19, 2012

Benarkah Arrora Salwa enggan Bayar Hutang sehingga diburu?



Arrora Salwa atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak 27, bekas Lans korporal PDRM bertukar menjadi penyanyi menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar sejumlah wang yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang.
Arrora yang popular dengan lagu "Ahmad" sebaliknya, mengatakan wang yang berjumlah RM1,400 itu telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

“Biarlah saya berterus-terang, isu hutang itu memang benar tetapi bukan saya yang berhutang. Wang itu dipinjam oleh bekas pembantu peribadi saya dengan individu berkenaan ketika dia masih bekerja dengan saya."

“Kalau hendak tahu, saya memecat pembantu peribadi itu pun kerana banyak masalah yang ditimbulkan. Apabila pemiutang itu meminta wang tersebut, pembantu peribadi saya menuding jari ke arah saya kononnya saya pula yang berhutang dan enggan melunaskannya”

“Saya akui individu itu terus memburu saya dan meminta wang tersebut sehingga kini. Namun, saya menegaskan kepadanya saya tidak akan bayar wang itu kerana ia tidak melibatkan diri saya,”



Ketika ditanya mengenai reaksinya berhubung dakwaan tersebut, Arrora berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau malu kerana mengetahui kebenaran di sebalik fitnah yang timbul itu.

“Dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan atau berasa takut. Sesiapa yang bertanyakan hal ini, saya akan bercerita perkara yang sebenar.

“Lagipun, saya adalah bekas anggota polis yang sudah dilatih dengan ketahanan mental dan emosi dalam menghadapi perkara seperti ini, mungkin sebab itu saya tidak berasa tertekan dengan apa yang berlaku,”

Sumber: mStar


latar belakang Arrora Salwa:

Nama sebenar : Salwa Md Razak
Asal : Kota Tinggi, Johor
Tarikh Lahir : 7 Julai 1985
Bintang : Cancer
Label : sony Music Malaysia
Latarbelakang: model, bekas anggota polis (PDRM) berpangkat Lans Korporal kemudian menjadi penyanyi dan akan membintangi filem berjudul 14 Kerat arahan Baldev Singh.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More