Kebelakangan ini (pada tahun 2012) sudah tiga artis yang baby tahu mengatakan mereka disihir first si Azwan Ali yang cakap disihir jumpa ular..., second Awie di dalam Melodi Ahad lepas dan sekarang Abby Abadi.. .erm.. mungkin benar mungkin tidak hanya tuan empunya badan dan sudah pastinya Allah sahaja yang tahu kebenarannya...
Menurut Abby anggota badannya menjadi sakit, perut juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu. (Wah dah ada single terbaru rupanya :)
"Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
"Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini" (belum tengok lagi drama ni :P)
semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.
Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.
Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.
"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
Sumber: mStar
P.s baby kalau badan rasa tak sedap selalu baca Ayat Qursi 3 kali kalau tak hafal Ayat Qursi baca tiga Qul dan Al-Fatihah.
Thursday, January 19, 2012
Abby Abadi Disihir
4:41 AM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment