Saturday, January 14, 2012

Valia Rahma Meninggal Dunia


Seorang model, pengacara dan pelakon Sinetron Indonesia telah meninggal dunia pada 13 Januari 2012. Valia Rahma dilahirkan di Jakarta pada 31 Januari 1985 beliau adalah salah seorang pelakon sinetron yang terkenal di indonesia, beliau juga turut dikenali sebagai bintang Hantu Jeruk Purut pada tahun 2006 dan pernah menjadi host untuk rancangan Planet Remaja.



Valia Rahma meninggal dunia setelah berada dalam keadaan koma selama sembilan hari apabila motorsikal yang diboncengnya bersama adik iparnya dilanggar motorsikal lain dari arah bertentangan di daerah Legian Bali pada 5 Januari 2012, pembedahan telah dilakukan di "Rumah Sakit Kasih Ibu" di Denpasar, Bali akibat kecederaan parah di bahagian kepala namun selepas itu beliau berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Valia dikebumikan pada waktu pagi hari Sabtu 14 Januari di tanah perkuburan Islam TPU Tanah Kusir, Jakarta bersama-sama dengan kubur neneknya. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Valia Rahma.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More