Mohammad Aliff Aziz atau Aliff Aziz, 20, telah membuat keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) agar dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap karier seninya di industri tempatan.
"Sejak muncul dengan album pertama, saya banyak melakukan aktiviti seni di Malaysia dan rasanya adalah lebih baik untuk saya berpindah agar segala urusan berjalan dengan mudah.
"Bagaimanapun, saya tetap akan berulang alik ke Singapura kerana keluarga masih di sana. Apabila kerjaya sudah stabil, saya akan membawa mak dan ayah pula untuk menetap di sini,"
Tambahh Aliff, dia juga bakal muncul dengan album ketiga pada bulan Mac depan dan pelancaran album yang masih belum diberi judul itu akan diadakan di Malaysia.
"Dari mula lagi saya sebagai penyanyi, peminat-peminat di Malaysia telah banyak menyokong karier saya. Bagaimanapun ini tidak bermakna saya lupakan terus tentang industri muzik di Singapura.
"Cuma di sini, industrinya lebih luas lagi berbanding di Singapura. Justeru itu, saya dan syarikat rakaman Warner Music, akan melancarkan album baru saya itu di KL,"
Aliff juga dikatakan ingin bergiat dalam bidang lakonan dan telah pun memulakan lakonan pertamanya menerusi drama berjudul "Antara Kita" yang akan ditayangkan di TV2 tidak lama lagi.
Sunday, January 22, 2012
Yayyyy.. Aliff Aziz menetap di KL
3:02 AM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment