Friday, February 3, 2012

Bekas vokalis kumpulan Baji U-soff dan isteri menanggung hutang hampir 1 juta sebab jadi penjamin Hattan


Hattan telah menggunakan nama bekas Vokalis kumpulan Baji U-soff atau nama sebenarnya Abang Yusuf Abang Daud dan isterinya Noor Maszura Abu Bakar untuk membuat pelbagai jenis pinjaman bank, nama bekas Vokalis kumpulan Baji ini digunakan untuk membuat pinjaman bagi kehidupan mewah artis tersebut sehinggakan U-soff dan isterinya Noor Maszura Abu Bakar 30, diisytiharkan muflis pada 2008 kerana menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya oleh artis ini.

Berikut adalah petikan Hattan di Harian Metro:


"Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu."

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

“Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas."

“Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja."

Bekas Vokalis Baji dan isterinya menyatakan mereka diisytiharkan muflis disebabkan Hattan gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

"Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat."

Pada tahun 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.


P.S sesiapa yang nak jadi guarantor tu berhati-hatilah sikit (si penghutang lepas tangan si penjamin yang menanggung beban)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More