Keputusan Ana Raffali untuk berhijrah bukanlah atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdullah, 30, Ana atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, berkata, keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.
Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.
Perkahwinan Ana Raffali dan Aznaim Abdullah nanti tidak akan ada upacara persandingan, sebaliknya hanya mengutamakan perkara wajib iaitu bernikah dan akan diraikan 1,000 tetamu pada majlis yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati pada 25 Februari ini, dengan dimulakan acara pertunangan kira-kira jam 10.30 pagi disusuli akad nikah sejam kemudian.
0 comments:
Post a Comment