Thursday, February 23, 2012

Gambar Nikah Lisa Surihani dan yusry Abdul Halim Part 3







Pasangan Suami isteri Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani.

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani akhirnya sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai telah berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari Khamis 23 Februari 2012 kira-kira jam 9.05 malam. Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.
Selesai sahaja akad nikah, Lisa menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.
Kemudian, Lisa bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.
Mas kahwin bagaimanapun dirahsiakan dan Lisa menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.
Pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.
Majlis akad nikah yang ringkas ini dihadiri lebih 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.
Majlis resepsi akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tahniah, semoga kehidupan rumahtangga Yusry dan Lisa berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Gambar Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani Part 2
Gambar Pernikahan Yusry dan Lisa Surihani Part 1

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More